PROGRAM PERKONGSIAN DAN PEMINDAHAN ILMU (KSTP) STEM PELAKSANAAN KITARAN 1 PROGRAM STI 100^3 TAHUN 2025 BAGI SAINTIS UTeM KEPADA SMK KAMPUNG GELAM
Kementerian Sains, Teknologi dan lnovasi (MOSTI) telah merangka dan menyusun satu program khas berasaskan pendekatan dan kaedah pelaksanaan program dan aktiviti pembudayaan STI yang dinamakan sebagai Program STI 100^3.
Sehubungan itu, Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka (RICE) dengan kerjasama RG Drone Technology dari Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Elektrik (FTKE) telah menganjurkan Program Pemindahan Perkongsian Ilmu (KSTP) Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Kitaran 1 Program STI 100^3 MOSTI Tahun 2025 bagi Saintis UTeM.
Program ini telah dihadiri oleh 7 penyelidik dari RG Drone Technology, 40 orang murid, 3 guru dan pengetua dari SMK Kg. Gelam. Para pelajar diberi pendedahan tentang teori asas drone, pemasangan serta teknik mengawal penerbangan drone.
Aktiviti utama:
1. Hands-on DIY Drone
2. Drone Flight Control
3. Flight Simulator
Tempat : SMK Kg. Gelam
Tarikh : 11 September 2025 (Khamis)
- Hits: 410